Bimbingan Membuat Tentatif Program

7 November 2023 | Aktiviti Terkini

Puan Hazirah Bt Hasbolah merupakan salah seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar. Pada 6 Nov 2023 beliau telah datang ke PEDi Changkat Jering untuk mendapatkan kelas secara personal untuk mencipta tentatif program sempena minggu penulisan khat di sekolah beliau.

Pihak PEDi telah membimbing beliau untuk mencipta tentatif program dengan menggunakan aplikasi Ms. Powerpoint untuk mendapatkan hasil yang menarik bagi rujukan para ibu bapa nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali